Wednesday, October 29, 2008

Redang ke Kenyir Ganu Kita bersama Jula Juli Bintang Tujuh Oct 2008

Catatan Perjalanan Ukhti Bathutah


24hb oct 2008
Petang Jumaat kami bertolak dari KL ke lapangan terbang LCCT. Walaupun agak kalut kerana jalan jam pada waktu petang dengan keadaan hujan..alhamdulillah kami dapat sampai juga tepat pada masanya. Bersama Julia, Noni and Badar kami sampai ke KT dan disambut oleh ibubapa Julia menaiki WKPxxxx. makan malam di rumah cik Julia yang terletak di Pulau Kerengga ( I dont know why this village is called PULAU KERENGGA where it is actually definitely not an island)


25hb Oct 2008
Pulau Kerengga




sarapan pagi dengan makanan tradisional terengganu iaitu Laksa Terengganu. Which is actually a laksam but bentuk macam laksa dan kuahnya seperti laksam tetapi ada campuran rempah ( definitely not rempah mamak yer...rempah mamak kite cerita bila di Penang :P). It was delicioussss....bila la cik julia nak masak untuk kami di Belimbing height yer. Selepas kenyang mengisi perut Julia mengajak aku mengimbas kenangan semasa kecilnya di sekitar kawasan rumahnya. Bad dan Noni hanya duduk di rumah because they have been here before.Bermula dari rumah Julia, ke rumah Tok Ki yang telah usang (Tok KI telah kembali ke rahmatullah)..meyusur ke tepian sungai dan terus ke tepian Laut...aduhhh..cantiknya pemandangan....kalau dibandingkan di rumah aku di Klang...depan kedai mamak Pos ...belakang longkang depan pun longkang...:D...aku teringin juga nak mandi laut tapi seronok lagi tangkap gambar dengan lens 18-200mm yang baru..;).... Penat juga berjalan tetapi rasa cukup berbaloi sebab dapat banyak capture gambar-gambar menarik. Maklumlah aku ini budak kota..tak pernah rasa duduk di kampung. Kami balik semula ke rumah Julia selepas sudah penat dan kena sambung perjalanan ke Kenyir pula. Tiga lagi jula juli bintang tujuh (iaitu Ka Nor, Lil dan LEina) telahpun sampai di KT pada 24hb dan telah simpan membeli belah di Pasar Payang dan menyambungnya lagi pada pagi 25hb itu. Kami berjanji akan berjumpa di Pengkalan Gawi pada jam 12 tengahari.

Selepas berkumpul dan berjumpa dengan ejen. Kami berbincang mengenai pakej kami yang seawalnya ke Pulau Redang tetapi kami bertukar ke Kenyir kerana kami dimaklumkan Redang ditutup atas sebab2 keselamatan (end season). kami redha dan yakin pasti ada hikmahNya :)). Ada satu tambahan pakej iaitu ke Lubuk Kelah . Selepas mengadakan perbincangan tertutup sambil makan tengahari dan adegan membaling pinggan hehehe, kami akhirnya sepakat untuk menerima pakej tambahan tersebut dengan bayaran tambahan. Geng, should I give rate to the tour agent? :P

Kami ditempatkan di Kenyir Sanctuary Resort di bilik suite. Basically the room condition is ok. PAda petangnya kami bercadang untuk canoing tetapi disebabkan cuaca agak mendung kami membatalkan hasrat dan hanya bermandi manda di floating swimming pool sahaja. Pada waktu maghrib hujan agak lebat dan kami makan agak lewat. Then tidor for tomorrow trip.

26hb October 2008
Seawal 730am kami dah start breakfast..kat KL pun tak breakfast seawal ini. 815am kami dah start tunggu di jeti. Kami dibawa oleh pakcik ( geng sapa nama pakcik itu). Pertama-tama kami di bawa ke Lubuk Kelah iaitu sejauh 40minit menaiki speed boat. Pemandangan tasik sungguh indah ( but deep inside i still feel like wanna to be in Redang).

Lubuk Kelah
Pemandangan di Tasek Kenyir memang cantik. Kami berhenti sebentar di jeti Ranger Lubuk Kelah untuk mendapatkan kebenaran sebelum pergi ke Lubuk berkenaan. Selepas sessi fotografi, kami menaiki speedboat terus ke Lubuk Kelah. Abang Ranger menerangkan kami akan jungle trekking selama 40 minit sebelum sampai ke Lubuk Kelah. Alamak! Ada antara kami tidak tahu pun nak kena jungle trekking. Ada yang pakai selipar pun. Aku pulok pakai kasut ala croc berharga RM13.90 beli dari Mydin sebelum pergi bercuti ni (which has turn from my new cros to my old croc just after the trekking :)). Kami dimaklumkan terdapat banyak pacat nanti. Arghhh PACATTTTTT!!!!!Perjuangan harus diteruskan! Di belakang kami ada sekumpulan keluarga termasuk seorang warga emas berusia dalam lingkungan 60++ tahun yang memang beriya2 juga ingin jungle trekking walaupun tidak digalakkan oleh abang ranger. Seingat aku inilah pengalaman pertama aku jungle trekking sejauh ini. Zaman persekolahan dulu aku jarang menyertai perkhemahan atau aktiviti2 lasak. AKu hanya berminat pada aktiviti2 sukan sahaja. Penat memang penat tapi penat hilang apabuila melihat ikan yang banyak dan mengeletek2 ada di depan mata. Pada mulanya aku agak takut tapi memberanikan diri juga la apabila ikan melompat2 dan mengigit tangan dan kaki2 kami. hehehe..rasa macam zaman kanak2 lak..siap main kepong2 lagi supaya ikan2 itu naik di atas darat. Aktiviti2 memancing adalah dilarang di sini. Kami dimaklumkan ikan kelah ini ialah spesis ikan yang mahal. Seekor harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ikan kelah merah lebih mahal dan ia juga jual mahal kerana tidak mahu datang dekat dengan kami dibandingkan dengan ikan kelah yang lain.

Air Terjun Lasir
Air Terjun! Rasanya sangat berbaloi selepas penat jungle trekking bermandi manda pula di air terjun. We have our lunch first (which already packed before our departure). Air terjun Lasir (sellau tersasul nak sebut Langsir...sib baik bukan Langsuir..huhuhu) ...Cik Lil...dah turun dulu...as usual aku selalu ketinggalan ke belakang sebab sibuk tangkap gambar. Seram gak tengok air terjun ni sebab we all pi dekat spot yang agak curam. Pakcik Boat dah risau tengok kitorang pi kat tspot yang agak curam. nampaknya dia nak join sekali. Siap buat Tarzan jump lagi....alahai pakcik nak tunjuk macho ke...hehehe ;)



Air kat sini memang sejuk...seronoknya lepas dah penat, makan, mandi....hehehe...lepas dah mandi, tangkap gambar we all dah start nak pulang sebab ada satu lagi tempat nak pi. Waktu tu dalam pukul 230 petang. Hari pun dah nak hujan.

Life is unpredictable! What a small world! tak sangka jumpa orang2 TM and ada dua orang mamat yang aku kenal. Dua2 dari batch MTP5 masa we all masuk TM dulu. Let me name them as R & H . Depa ni ikut rombongan BAKIT. Aku tak tau pun ada rombongan BAKIT ni..tapi kalau aku tau pun aku tak join kot...Depa dok dalam houseboat...aku tak tahu samada serunuk atau tidak dok dalam houseboat tu. Mungkin EN R dalam Facebooknye boleh cete kot. EN H aku tak sure ada tak facebook sebab tak jumpa. En R nampaknya serunuk dengan Sony Alphanya...

Taman Herba
We all tak lama di Taman Herba...setakat ambik gambar dan minum kacip fatimah dan tongkat ali. Tongkat ali is more bitter than kacip fatimah. I took more tongkat ali than kacip fatimah... because it was told that tongkat ali will give energy more....agak2 akan tertukar jantina ke nanti...hahaha...tak sesuai nyahhhhh


Balik dan kepenatan tapi tido terjaga2 juga teringat ikan kelah :)

27hb October 2008

Pagi2 lagi kami dah sarapan sebab lepas tu nak pi canoeing. Kak Nor dan Leina tidak berapa sihat ..agaknya kepenatan selepas jungle trekking semalam..Lila pula ingin menemankan mereka berdua. Kami berempat sajelah yang canoeing. I think this is my first time canoeing kot...tapi best ..kiri kanan..kiri kanan ..we have to make sure that when paddling we need to be in parallel with our partner. If we want to turn right, we have to paddle at left and vice versa. Kiri kanan kiri kanan...hehehe

Time to check out! Selamat Tinggal Kenyir! Next destination Redang yer....

4 comments:

Jumper said...

Apart from your discovery of Pulau Kerengga, I don't know why they also name Pulau Tikus, when it's piece of land in Penang Island. Tersedak gua bila Klang dengan longkang2nya kena kutuk. Ni nak kasi red card to remind kat kacang Klang yg terlupa kulitnya kejap. Anyway, don't keep us waiting too long for the next part & photos.

orangmuar said...

Sound like a very interesting getaway... I should go there some of this day. Entah kapan. So when the photos will be published? can't wait to see the Kelah fish...

cik piti julia said...

Terengganu byk tempat pulau bukan real pulau.. Pulau Kerengga they said named it as kerengga tu coz zaman dolu-dolu ada kerengga byk sngt bentukkan sebuah pulau.. how true it is .. i really dunno.. :)

Unknown said...

koleksi gambar hi-res aje x de ke, noi??? halus je gambo ko ngan kwn2 2... pas 2 gambo pemandangan 2 kecik2 tak puas nengok...