Showing posts with label Jiwang Karat. Show all posts
Showing posts with label Jiwang Karat. Show all posts

Friday, December 5, 2008

Indahnya saat itu




















Di saat ini teringat aku
Indahnya saat itu
Memandangmu penuh sayu
Indah bewarna hitam
Emas berkilauan
Langit biru tanpa awan
Subhanallah! Maha Suci Tuhan
Maha Pencipta

Indahnya Saat itu
Walau
Hati diruntun pilu
Mengenang dosa lalu
Adakah terpikul dibahuku
Menghadap Tuhan Yang SATU
Adakah aku mampu
Menjawab segala persoalan
Sedangkan di waktu itu
Mulut ditutup lidah menjadi kelu
Hanya tangan berkata-kata
Dan kaki menjadi saksi
Semua ada bukti
Ngeri rasanya hati


Aku masih tak boleh lupa
Indahnya saat itu
Menjijak kaki di bumi mulia
Menghayati Qurban Khalilullah
Melontar kejahatan ke hujung dunia
Membasuh hati membuka mata
Hidup bukan untuk dunia
Hidup jambatan alam nun sana


Indahnya saat itu
Beratapkan langit Arafah
Berlantai bumi Muzdalifah
Mengenal diri,Mengenal Pencipta

Indahnya saat itu
Talian ukhuwah umat terakhir
Tiada beza darah setitik


Indahnya saat itu
Titisan air mata membasuh jiwa
Kalamullah di mana-mana
Pengobat jiwa hati yang lara
Tapi mengapa masih alpa
Sedang nyawa ntah sampai bila...

Rindu Raudah
Rindu Baitullah
Rindu Jannah!

Moga ku diterima menjadi tetamuMu...

Wednesday, October 22, 2008

Jadilah dirimu sendiri





Wahai diri

Jadilah dirimu sendiri
Kerana dirimu tersendiri
Tetap teguh pendirian diri
Terimalah diri mu sendiri
Kerana itu lebih bererti
Hargailah apa yang diberi
Berilah yang paling bererti
Jadikan Tuhan sentiasa di hati
Kerana itu tujuan azali

Setitis Tinta Di Alam Maya









Setitis tinta di alam maya
Catatan cerita seorang wanita
Kerana hidup hanya sementara
Biar di isi penuh makna


Setitis tinta di alam maya
Hidup penuh suka dan duka
Pasti hikmah disebaliknya
Pandanglah dari sudut berbeza
Agar hidup penuh ceria
Moga bermanfaat pada semua