Showing posts with label Ustazah Ekin Awi. Show all posts
Showing posts with label Ustazah Ekin Awi. Show all posts

Friday, December 5, 2008

Indahnya saat itu




















Di saat ini teringat aku
Indahnya saat itu
Memandangmu penuh sayu
Indah bewarna hitam
Emas berkilauan
Langit biru tanpa awan
Subhanallah! Maha Suci Tuhan
Maha Pencipta

Indahnya Saat itu
Walau
Hati diruntun pilu
Mengenang dosa lalu
Adakah terpikul dibahuku
Menghadap Tuhan Yang SATU
Adakah aku mampu
Menjawab segala persoalan
Sedangkan di waktu itu
Mulut ditutup lidah menjadi kelu
Hanya tangan berkata-kata
Dan kaki menjadi saksi
Semua ada bukti
Ngeri rasanya hati


Aku masih tak boleh lupa
Indahnya saat itu
Menjijak kaki di bumi mulia
Menghayati Qurban Khalilullah
Melontar kejahatan ke hujung dunia
Membasuh hati membuka mata
Hidup bukan untuk dunia
Hidup jambatan alam nun sana


Indahnya saat itu
Beratapkan langit Arafah
Berlantai bumi Muzdalifah
Mengenal diri,Mengenal Pencipta

Indahnya saat itu
Talian ukhuwah umat terakhir
Tiada beza darah setitik


Indahnya saat itu
Titisan air mata membasuh jiwa
Kalamullah di mana-mana
Pengobat jiwa hati yang lara
Tapi mengapa masih alpa
Sedang nyawa ntah sampai bila...

Rindu Raudah
Rindu Baitullah
Rindu Jannah!

Moga ku diterima menjadi tetamuMu...

Tuesday, November 4, 2008

Artikel-Amalan penenang jiwa

I just came across Kosmo..actually to look for news update on new gossips (Abby/Norman & Aziz M . Osman/Ustazah)..I found this article..very interesting.
************
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_03.htm

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.
Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin). Tahajjud..why not we try once a week..let say every friday
*Puasa wajib dan puasa sunat. -Make it as our routine Monday and Thursday
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).-Feel free to do this..no regret
*Menunaikan haji.-everybody should plan this at the beginning we received our first salary
*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).- why not recite it with understanding of its translation
*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.- for the beginning...kalimah tauhid La Ilaha Illalah
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat. -always get prepared for it
*Muhasabah diri.-before we sleep
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.it's hard ..but we must!!
*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).-oppsss...dont ever think of having LV or coach yer ..hehe...dah pasang angan2 dah ni
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.-Auzubillahiminassyaitanirrajim
*Ketahui cara menghindar penyakit hati.-must know!
Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.
Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.
Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.
Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.
Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.
Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:
*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur
.
Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.
Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.